Catatan Seorang Perantau..

Islam itu Indah

Dari wordpress ke blogspot

Posted by studentusu di +00002008-12-17T00:28:19+00:00312008bUTCWed, 17 Dec 2008 00:28:19 +0000 30, 2007

Photobucket

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

“Islam Yes, Fanaticism No”

Posted by studentusu di +00002008-11-10T09:16:47+00:00302008bUTCMon, 10 Nov 2008 09:16:47 +0000 30, 2007

Usai pulang dari kuliah tadi, saya sempat berdiskusi dengan seorang muslimah, pelajar junior. Tidak ada isu lain melainkan permasalahan tarbiyah student yang sedang menuntut di perantauan asing ini.

Pening, pening!

Kita nak bawa islam, tapi kenapa disini seperti ada perpecahan. Jemaah inilah, jemaah itulah. Mana satu yang kita nak ikut?

Terkesan mendengar keluhan dari kader dakwah ini. Di saat manusia leka dengan gelak ketawa, senda gurau yang melampau, dan pergaulan bebas, masih lagi wujud Da’i yang sanggup menjadi penyambung mata rantai perjuangan dakwah Rasulullah Saw. sehingga dibukakan telinga, akal dan hatinya. “Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah..” (QS Al-A’raf 7:58).

From Greek to West

Para Da’i harus segera menyedari bahawa penyelewengan akidah pada zaman ini bukan lagi melibatkan falsafah ketuhanan di bidang metafizikal seperti yang berlaku pada masa lalu sehingga menimbulkan pelbagai aliran sesat semisal Muktazilah, Jabariah, Qadariah, Syiah, Khawarij, Murji’ah dan lain-lain (Hamka, 1908-1981). Kelompok ini keliru dalam membesarkan pemikiran ahli falsafah Greek (baca: Yunani) sehingga menolak hukum Allah Swt.

Pada zaman ini, disebabkan kecewa dan ragu dengan keaslian Bible, maka di Barat pada tahun 1720 Master of Trinity College, R Bentley, menyeru umat Kristian agar meninggalkan kitab suci mereka iaitu New Testament yang diterbitkan pada tahun 1592 versi Paus Clement,… the ‘textus receptus [is] to abandoned altogether!

Penyelewengan gereja di Eropah turut melahirkan penentangan yang di ketuai oleh intelektual rasionalis. Niccolò Machiavelli (14691527 M) yang dianggap sebagai nenek moyang aliran politik sekular menyeru kepada penafsiran semula ajaran kristian dengan membatasinya menjadi kepercayaan peribadi dan tidak terlibat dalam urusan politik, ekonomi dan social. “Machiavelli thought of moral, religious, and economics factors in society as forces which a clever politician can turn to the advantage of the state, or which he can even produce for the sake of the state,” dikutip dari Ancaman Bahaya Sekularisme (2002) mengenai Machiavelli yang cuba ‘memperkosa’ agama bagi mencapai tujuan sekularisme negara.

Dunia islam, terutama setelah lenyapnya Khilafah Utsmaniyyah (1299-1922), sekali lagi dihadapkan dengan aliran bid’ah dan sesat yang berusaha ‘memadukan’ syariat islam dengan pemikiran moden yang timbul di Barat. Perlu difahami bahawa aliran sesat yang lahir di zaman ini tidak lagi dalam bentuk mazhab ketuhanan seperti pada masa lalu, tetapi muncul sebagai idealisme politik dan ekonomi yang disogok oleh sekular ala Muktazilah.

Di sisi lain, dalam sebuah kajian keislaman disebutkan bahwa Sayyidina ‘Ali r.a pernah bersabda, “Bila akal menjadi pijakan agama, maka bahagian bawah kasut (Khuf) lebih layak untuk dibasuh, daripada bagian atasnya” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi). Hadits ini diperkuat dengan kenyataan Al-Syafi’i (767 M) bahawa Manusia tidak akan bodoh dan tidak akan berbeza pendapat kecuali ketika manusia meninggalkan lisan Arab (Islam, al-Qur’an atau wahyu) dan cenderung pada lisan Aristoteles (falsafah, teori atau ideology).

Fenomena Fanatisme

Seluruh aktivis islam hanya berpihak kepada kebenaran jika ia dapat membebaskan dirinya dari sikap fanatisme terhadap pendapat orang, golongan atau gerakan tertentu. Allah Swt. tidak memerintahkan kita beribadah mengikut petunjuk ustaz atau imam tertentu, tetapi Allah Swt. memerintahkan agar beribadah sesuai wahyu Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya, “Katakanlah, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul.”

Orang-orang fanatic itu secara a priori cenderung menolak pandangan juru dakwah lain tanpa mahu mengkajinya dahulu. Bagi mereka, diam (baca: fanatik) adalah strategi, dengan hanya berpegang pada prinsip, ana wala’ pada Mas’ul di Malaysia. Al-Quran mengecam kelompok ini sebagai peringatan kepada Muslimin agar tidak mengikut jejak langkah mereka (QS Al-Baqarah 2:91).

Marilah kita bekerjasama melawan serbuan pemikiran, ideologi, politik dan aliran sosial sekularisme. Tidakkah kita sepakat bahawa sekularisme bukan sahaja memerangi akidah dan menghentikan perlaksanaan syariat islam, mereka turut merusak gambaran syariat islam dikalangan masyarakat. Mengapa para aktivis islam dari pelbagai kelompok tidak bekerjasama menghadapi penipuan politikus atas nama agama demi kepentingan sekularisme itu?

Know Your Enemy

Perlu diulaskan disini bahawa para intelektual orientalis-missionaris semisal Sir Snouck Hurgronje (1889-1936) yang didokong oleh peradaban Barat dan Timur giat melakukan pelbagai penelitian menghendaki agar umat islam membuang ajaran dan tuntutan Rasulullah Saw., sebagaimana orang Kristian meragukan dan akhirnya mencampakkan ajaran Jesus dengan suntikan secular dari aspek ilmu sosial.

Hal ini diungkapkan oleh Prof. DR Yusuf Al-Qardhawy dalam bukunya yang berjudul: ‘Fiqah Daulah’, disaat melihat perpecahan dari kalangan umat islam, “Lupakanlah segala perselisihan dan perpecahan dalam menghadapi kekuatan secular, salib, zionis dan atheis yang memusuhi islam”. Dan ketika saya ditanya mengenai fenomena ‘multi-jamaah’ di kampus, saya hanya mampu menjawab, “Islam Yes, Fanaticism No”.

Rujukan Utama:

  1. Zulkifli Haji Ismail, dalam bukunya Ancaman Bahaya Sekularisme, (Melaka: Baitul Qurra’, 2002)
  2. Al-Qardhawi, Yusuf, Fiqh Perbezaan Pendapat, terj. Aunur Rafiq Shaleh Tamhid, (Jakarta: Robbani Press, 1991)
  3. Al-Qardhawi, Fiqah Daulah Dalam Perspektif Al-Quran dan Sunnah, terj. Kathur Suhardi, (Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada, 2001)

Bacaan Tambahan:

  1. Syamsuddin, Arif, Orientalis dan Diabolisme Pemikiran, (Jakarta: Gema Insani, 2008)
  2. QUTB, Sayyid, Tafsir Fi Zhilalil-Quran, terj. As’ad Yasin et al, (Jakarta: Gema Insani 2008)
  3. http://www.sidogiri.com/modules.php?name=News&file=article&sid=115.

Posted in Falsafah, Sekilas Pengalaman | Leave a Comment »

Ancaman Bahaya Feminisme (ABF)

Posted by studentusu di +00002008-11-10T08:14:37+00:00302008bUTCMon, 10 Nov 2008 08:14:37 +0000 30, 2007

Di Malaysia, perdebatan isu pembentangan Rang Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 di Parlimen mengundang polemik hangat berikutan bantahan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen serta Senator Wanita di Dewan Parlimen termasuk NGO wanita yang dikenali sebagai Gabungan Kumpulan Bertindak Wanita (JAG) terhadap beberapa peruntukan baru di dalam undang-undang tersebut yang dikatakan tidak adil terhadap wanita. Pada 11 Januari 2006, Kabinet telah mengambil keputusan untuk tidak mewartakan pindaan Undang-Undang Keluarga Islam (UUKI) 2005 Wilayah Persekutuan tersebut.

Dari manakah asal-usul feminisme?

Apakah gagasan-gagasan utama gerakan emansipasi atau pembebasan wanita di barat serta imbasnya di dunia islam?

Bagaimana perspektif islam dalam menyingkapi hal ini?

Kebencian Lelaki Terhadap Wanita

Tidak dapat dinafikan bahawa gerakan feminis di barat adalah reaksi masyarakat terhadap situasi di sana, terutama yang berkaitan nasib kaum wanita. Salah satu penyebabnya adalah sikap memusuhi perempuan (misogyny) dan pelbagai anggapan buruk (stereotype) yang dilekatkan pada mereka. Semua itu bahkan telah meresap dalam nilai masyarakat, kebudayaan, hukum dan politik.
Baca baki entri ini »

Posted in Falsafah | Leave a Comment »

Hancurnya peradaban tanpa iman

Posted by studentusu di +00002008-06-15T08:32:21+00:00302008bUTCSun, 15 Jun 2008 08:32:21 +0000 30, 2007

“Apakah benar, politik dan ekonomi menjadi jaminan bertahannya sebuah Negara?”

“Apakah anda berfikir bahawa banyaknya kekayaan dan tingginya teknologi akan menyelamatkan sebuah bangsa dari kehancuran?”

Akhirnya pemimpin tanah air mengumumkan akan kenaikan harga minyak. Harga petrol naik sehingga RM2.70 seliter dan diesel melonjak sehingga RM2.58 seliter. Ramai yang terkejut. Harga barang makanan sudah mulai lari, nyaris tidak terkejar oleh daya beli rakyat. Demonstrasi penolakan sudah mulai memanaskan diri. Tetapi kerajaan tetap pada pendirian menaikkan harga minyak meski harus mencekik leher rakyat sendiri. Alasannya, mahu mengurangkan kejutan ke atas sistem ekonomi negara. (rujukan)

Para penganalisa pun memberikan pembenaran. Baca baki entri ini »

Posted in Falsafah, Isu semasa | 1 Comment »

Kayu Sugi (Siwak): Satu Pembuktian Saintifik

Posted by studentusu di +00002008-05-03T06:14:07+00:00312008bUTCSat, 03 May 2008 06:14:07 +0000 30, 2007

[A Natural Toothbrush-cum-Toothpaste]

Ahmad Aizatnur*

Tahukah anda bahawa bersugi itu penting dalam Islam?

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Keywords: Hadith Bukhari, dental caries, siwak (Salvadora persica) extract, anticariogenic. Baca baki entri ini »

Posted in Mukjizat, Pergigian | Di tag: | 15 Comments »

Kisah Kehilangan di rumah Jl.Sei Bahorok

Posted by studentusu di +00002008-02-04T09:11:59+00:00292008bUTCMon, 04 Feb 2008 09:11:59 +0000 30, 2007

dsc04410.jpg

Astagfirullahala’zhim. Kalimat pertama yang muncul dari mulutku. Puas aku mencari handphone yang dicas tepi almari tadi. Kulihat jam dinding, pukul tiga lima belas menit pagi WIB (Waktu Indonesia Barat). Teman-teman serumah sudah terlelap. Aku mendapati jendela kamarku tidak berkunci. Langsir yang sering kupastikan tertutup rapi tiba-tiba Baca baki entri ini »

Posted in Perubahan Sikap, Sekilas Pengalaman | 2 Comments »

BEKAM: Sunnah Nabi & Mukjizat Medik [Siri1]

Posted by studentusu di +00002008-02-04T07:24:13+00:00292008bUTCMon, 04 Feb 2008 07:24:13 +0000 30, 2007

BEKAM: Sunnah Nabi & Mukjizat Medik [Siri1]

Sunnah Qauliyyah dan Nasihat Penghuni Langit

alat bekam modern

Sebelum saya memulai memberikan penjelasan mengenai BEKAM: Sunnah Nabi & Mukjizat Medik di categori Research Foundation ini, saya akan mengulang pertanyaan yang di lontarkan oleh Syihab Al-Badri Yasin dalam bukunya kepada para pembaca.

“Apakah anda pernah mendengar istilah bekam?”

“Apakah anda pernah di bekam?”

Berbahagialah apabila anda menjawab, “Pernah”. Sebab dari kuisioner yang ditujukan secara rawak kepada kaum muslimin menunjukkan bahawa yang belum mendengar istilah bekam (atau istilah bekam yang sejenis) adalah sebanyak 80% sedangkan yang belum pernah di bekam adalah 90%.

Wahai setiap kaum muslim dan muslimah di sebelah utara, timur, selatan dan barat dunia! Saya menghadirkan di hadapan anda sebuah khazanah terpendam dan mutiara tersembunyi, sunnah yang semakin dilupakan banyak umat islam. Penyembuh kepada segala penyakit dengan izin Allah. Baca baki entri ini »

Posted in Mukjizat, Perubatan | 10 Comments »

Adakah Kau Lupa

Posted by studentusu di +00002007-11-20T17:21:43+00:00302007bUTCTue, 20 Nov 2007 17:21:43 +0000 30, 2007

 

Album : Alami

Munsyid : Alarm Me

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan 2x

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan 2x

 

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan

 

Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang 2x

 

Adakah kau lupa
Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

chorus

 p/s: ya, kita tidak pernah lupa bahawa kita pernah menguasai dunia dan akan terus kembali menguasainya sedikit masa sahaja lagi. Khilafah perlu didirikan. Bumi harus dimakmurkan. Keadilan wajib ditegakkan.

Firman Allah: “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang tetap kafir sesudah janji itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (QS. An Nur 24:55)

Posted in Perubahan Sikap | 2 Comments »

Marah: Angkot 36

Posted by studentusu di +00002007-10-29T23:28:18+00:00312007bUTCMon, 29 Oct 2007 23:28:18 +0000 30, 2007

angkot.jpg

Angkot di sekitar Kota Medan

Penulis pernah menaiki sebuah Angkot no.36, dari asrama ke kampus. Tiba-tiba, pemandu pengangkutan awam itu memecut laju. Mengejar sebuah Angkot no.103 di hadapan.

“Anjing kau! Dah bosan hidup kau ya! ” Ujar pemandu Angkot no. 36 tadi.

“Kalau mau ribut, beranilah kau ngambil orang-orang aku lagi disini”. Teriaknya lagi.

Lelaki berketurunan Batak Karo yang terkenal dengan rahang ‘mandible’nya yang besar itu memaki-maki. Baca baki entri ini »

Posted in Perubahan Sikap, Sekilas Pengalaman | 5 Comments »

Mesej dari Maria

Posted by studentusu di +00002007-10-27T01:05:52+00:00312007bUTCSat, 27 Oct 2007 01:05:52 +0000 30, 2007

Penulis pernah ditanya oleh seorang mahasiswi tahun kedua kedokteran USU. Namanya Maria b.n.s(bukan nama sebenar) mengenai apakah hukumnya melakukan puasa sunat enam hari pada bulan syawal bersama-sama puasa qada’. Petanyaan diajukan kepada penulis lewat Instant Message di Yahoo Messenger.

<!–[endif]–>

msg_pc8_sly_pic_1.jpg

Berfikir sejenak. Bukan soalan yang mudah untuk dijawab bagi seorang mahasiswa pergigian. Penulis teringat pengajaran hadith sewaktu di Madrasah Thanawiyah. Pernah Rasulullah saw bersabda:

“Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (HR Muslim).

Penulis mengambil keputusan untuk “refer kes” kepada dua orang sahabat, Ahmad b.n.s dan akhi Hafiz b.n.s yang masing-masing menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir dan sebuah universiti di Jordan.

Baca baki entri ini »

Posted in Sekilas Pengalaman | 3 Comments »