Catatan Seorang Perantau..

Islam itu Indah

Musafir Kelana

Assalamualaikum WBT.

“ana cadangkan kepada antum untuk buat blog.”

“Kemudian, sampaikan seberapa banyak maklumat dan agenda tarbiyah kepada masyarakat.”

Penulis masih ingat lagi nasihat pimpinan jemaah ini kepada kader ahlinya. Memanfaatkan teknologi Yahudi dalam menyebar luaskan dakwah islamiah.

Alhamdulillah. Dengan kehendak Allah Swt., dapat juga penulis menyediakan sebuah blog, dengan memilih wordpress sebagai hosting. Awalnya, penulis hanya berminat untuk menyingkap kebesaran Allah Swt. menerusi pengamatan saintifik dan pengalaman (sunnatullah) secara peribadi sahaja. Namun, kebejatan akhlak dan sosial umat islam khususnya di Kepulauwan Melayu mendorong penulis untuk saling berkongsi maklumat dan nasihat. Sebagaimana sabda Nabi Saw.

”Agama itu adalah nasehat.” Kami bertanya: ”Untuk siapa?” Sabda Rasulullah: ”Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan bagi seluruh kaum muslimin.” (HR Muslim).

Bibliografi Si Musafir Kelana

Nama yang diberikan oleh Bonda tercinta adalah Ahmad Aizatnur bin Zakaria. Penulis dilahirkan di bumi Kesultanan Melayu Bugis, Selangor Darul Ehsan. Pernah menuntut di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya. Kini, ditempatkan di Fakulti Pergigian, Universiti Sumatera Utara, Indonesia. Berjuang bersama-sama dengan hampir dua ribu pelajar Malaysia di bumi sembilan wali ini.

Afwan atas salah dan silap jika ada. Dulu, guru tadika TASKI penulis sering mengajarkan pantun melayu ini:

Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Danau toba, Sumatera Utara IndonesiaDanau Toba: “Dan telah Kami jadikan bumi sebagai hamparan dan gunung sebagai pasak.” (78:6)

6 Respons kepada “Musafir Kelana”

  1. wansu berkata

    alhamdulillah sahabat ana telah berjaya capai cita2 utk menulis..tolong support blog die nie..sikit ttg sahabat ana..dia org soleh, baik budi pekerti, hormat org tua, pandai memasak, rajin cuci rumah..hehe..lebih2 lak aku ni..k teruskan perjuangan..moga umat kita sedar ttg hakikat agama kita..

  2. studentusu berkata

    Aku hanye lumpur dan debu yang melekat dikasut-kasut manusia shj wansu.. Tidak memiliki apa-apa kelebihan. Bahkan banyak kekurangan. Lumpur hitam yang telah diciptakan Allah dengan ‘kun fayakun’. Tetapi lumpur ini telah dikurniakan-Nya dgn HATI untuk mencintai saudaranya… Allahu Akbar

  3. nabiilah berkata

    salam..
    hmm..kagum2..
    dah pandai menulis..??
    tahniah!!
    teruskan misi dakwah kita walau apa cara sekalipun..
    moga kita smua terus istiqomah..
    insyaALLAH..

  4. Sofyan Atsyauri berkata

    ” TIADA HIDUP TANPA KEGAGALAN ,KEKALAHAN , DAN KEJATUHAN…………

    AIR SUNGAI MENUJU LAUT MELEWATI JALAN YANG BERLIKU……

    BERDIRILAH TEGAK KEMBALI………………………..

    JANGAN MEMANDANG KE BELAKANG , MASA LALU TELAH BERLALU………………..

    HIDUP BERJALAN TERUS……………………….

    LANGIT YANG ABADI TETAP TIDAK BERUBAH DAN HIDUP BAGAIKAN BENTUKAN GERAKAN AWAN DI ANGKASA YANG SELALU BERUBAH-UBAH TIDAK MEMILIKI KETETAPAN DAN TIDAK ABADI . “

  5. fariza berkata

    Islam itu indah….
    Harap terus sukses…

  6. nurulsyuhadah berkata

    sejak sekian lama baru ada kesempatan mengunjungi blog ini. kenapa ya..? hehe..
    semoga terus thabat dLm pjuangan insyaAllah.

    penulis ini satu batch ngan sy di kisas. dL muka dia garang giler so, mmg takot la. then masuk pasum sama2..hehe..juz dia ada rezeki lebih, dpt merantau ke seberang~

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>